Konsep Pengajian

I: Pengajian ala pondok

            Pengajian berasaskan kitab ditawarkan kepada seluruh lapisan masyarakat. Jadual pengajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

 

Penambahan masa pengajian akan dilakukan dari semasa ke semasa. Kitab-kitab muktabar akan diberikan keutamaan di dalam pengajian. Pemilihan kitab juga akan mengambil kira tahap-tahap pengajian. Kitab-kitab asas akan didahulukan. Semua bidang pengajian Islam akan diberi keutamaan seperti Tauhid, Fiqh, Akhlak, Hadis, Tafsir dan lain-lain. Pengajian bahasa Arab berasaskan kitab-kitab tertentu juga akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

 

 

ii. Pengajian al-Quran dan Tahfiz.

            Di samping pengajian ala pondok yang ditawarkan, Pusat pengajian Islam Air Jerneh juga akan memberi keutamaan kepada pengajian al-Quran dan Tahfiz. Ini bagi memenuhi tuntutan masyarakat setempat yang inginkan sebuah Maahad al-Quran Wa Tahfiz diwujudkan di daerah ini.

iii. Penyelidikan dan Kajian Kemukjizatan al-Quran

            Penyelidikan dan kajian kemukjizatan al-Quran adalah antara penekanan yang akan diberikan di Pusat Pengajian ini.  Pusat kajian kemukjizatan al-Quran belum kedapatan di negara Malaysia ini sedangkan kajian kemukjizatan al-Quran amat releven dengan status dan kedudukan umat Islam pada hari ini.

iv. Seminar, Nadwah, Diskusi,  Kursus dan Sambutan hari kebesaran Islam.

            Untuk memastikan perkembangan Pusat Pengajian Islam ini selari dengan perkembangan semasa maka pelbagai seminar dan kursus akan diadakan dari semasa ke semasa.  Sambutan hari-hari kebesaran Islam juga akan dimeriahkan dengan program-program tertentu. Antara Program-program yang dirancang ialah:

1. Kursus intensif  bahasa Arab. Keutamaan diberikan kepada empat kemahiran asas iaitu Mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

2. Kursus haji dan umrah.

3. Sambutan hari kebesaran Islam antaranya Maulid al-Rasul, Ma’al Hijrah dan lain-lain

4. Program kerohanian seperti qiyam al-lail, solat hajat, solat gerhana dan lain-lain.

5. Pengurusan Jenazah

6. Ihya’ al-Ramadan.

7. Seminar Isu-isu semasa. Pembentangan kertas-kertas kerja dari para ahli akademik jemputan akan diadakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s