Pengenalan

Tanggungjawap untuk menyampaikan risalah Islam terpikul di atas bahu seluruh umat Islam. Bahkan setiap individu muslim yang melafazkan kalimah syahadah adalah da’i(pendakwah) di jalan Allah s.a.w .

Bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyampaikan risalah Islam. Kemantapan sektor pendidikan Islam menyumbang ke arah merealisasikan kefahaman Islam yang sebenar. Dasar-dasar dan usaha dari pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan untuk memartabatkan pendidikan Islam seharusnya disokong oleh semua pihak.

Sejarah pendidikan Islam di Malaysia pada awalnya dipelopori oleh sistem pendidikan pondok. Sejarah juga telah membuktikan peranan penting yang dimainkan oleh institusi pendidikan Islam Pondok. Kemerdekaan negara ini juga tidak dapat dipisahkan dengan perjuangan yang penuh ikhlas dari pendokong-pendokong institusi pendidikan Islam pondok. Bahkan tarikh keramat kemerdekaan negara ini dicetuskan oleh seorang Tuan guru dari salah sebuah Institusi pendidikan islam pondok.

Peredaran zaman dan kemodenan tidak seharusnya dijadikan sebab institusi pendidikan Islam pondok diabaikan. Kemodenan dan kemajuan seharusnya memodenkan insfrastruktur dan kemudahan di institusi tersebut. Sistem pendidikan Islam Pondok tiada halangan untuk menerima pembaharuan dan kemodenan. Cumanya kaedah atau sistem pengajiannya dikekalkan. Amat membanggakan jika kaedah pengajian pondok dapat digabungjalinkan dengan kaedah pengajian yang lain di lokasi yang sama.

Sistem pengajian Pondok barangkali dilihat agak sukar untuk dipraktikkan memandangkan tempoh yang sangat panjang diperlukan untuk menamatkan sesebuah kitab. Namun semua pihak mengakui keberkesanan dan ketulinan ilmu yang diterima melalui sistem ini. Sistem pengajian pondok juga boleh diikuti oleh semua lapisan masyarakat samada tua atau muda.

Pusat Pengajian Islam Air Jerneh menawarkan pengajian ala pondok di samping penekanan kepada Tahfiz al-Quran dan kajian kemukjizatan al-Quran. Sistem pendidikan kontemporari juga akan dilaksanakan seperti penganjuran seminar, nadwah, diskusi dan lain-lain. Sekolah Agama Rakyat untuk murid-murid dan pelajar menengah juga akan dilaksanakan.

Diharapkan usaha untuk mengimarahkan tanah wakaf Air Jernih sebagai  Pusat pengajian Islam akan mendapat sokongan semua pihak. Mudah mudahan segala usaha yang telah ditaburkan dihitung oleh Allah s.w.t sebagai amalan saleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s